Tuesday, May 10, 2011

10 ciri lelaki idaman..meooww..

bangun pukul 10, makan roti canai sambil tengok laksamana do re mi kat astro prima. oh, indahnya cuti semester.

niat nak diet tapi nafsu makan membuak-buak macam air panas tengah masak. lepastu buat teh tarik. isk2. tolong amal, jangan merepek di sini. isk2.. T_T

sambil menelaah blog-blog orang lain, i terbaca 1 entry ni pasal ciri-ciri wanita idaman. so i nak jugak buat ciri-ciri idaman lelaki yang i nak. yang maybe most of women nak ciri ni ada kat lelaki idaman dorang.

so ni lah entry 10 CIRI LELAKI IDAMAN

10) muka ala-ala josh harnett



dapat ala-ala javier hernandez pun best jgk. tak ada la. tapi kalau ada, i nak order dulu. (bad amal,bad) T_T

9) tak selekeh

biar tak hensem tapi tolong jangan selekeh. yang bajet-bajet mat rempit, seluar koyak sana sini, budak skin or whatever, sila cari gf di sekolah menengah. anda tak layak digelar lelaki, boy maybe.. merepek lagi.. =.=' back2, sila jangan selekeh. saya geli.

8) wangi / tak busuk

pernah naik ktm sesak-sesak macam sardin dan terbau benda hangit? weekkk..  deodorant rexona baru rm 8.90, pergi la beli. eh, itu bukan nivea? hmm..

7) ringan tulang/rajin

agak-agak kalau tengok gf angkat benda berat-berat dia buat bodoh je..aaaa..teruk2.. =.=' lelaki selepas berkahwin ni la yang paling agak tak rajin. kalau dah wife pun sama-sama kerja, tak salah kan tolong wife kemas-kemas rumah, basuh pinggan bila dah balik kerja tu. lelaki yang pemalas, saya sangat benci. ya, BENCI.

6) bertanggungjawab

comfirm la kena ada dalam ciri setiap lelaki. macam mana nak jadi pemimpin kalau tak bertanggungjawab. huhu. bertanggungjawab dari segi apa? banyak sebenarnya tanggungjawab lelaki. tapi ni yang penting : bertanggungjawab ke atas family sendiri. oh ini amat dicari.

kalau i larh (kalau) nak cari lelaki, i akan tengok macam mana dia tunaikan tanggungjawab ke atas family dia dulu. masa mak/ayah dia sakit dia jaga or x. adik-adik perlukan pertolongan even tolong buat homework, dia tolong or x. sebab ini akan mencerminkan diri dia lepas dah kahwin nanti.

5) cepat hafal jalan

oh, ini lelaki yang amat diperlukan. most of women bukan lah penghafal jalan yang baik. i sendiri pun sangat susah nak menghafal jalan. 20 tahun duduk penang masih tak dapat hafal jalan. =.="

4) pandai masak



kalau dapat lelaki pandai masak best la. sebab tak tau la kenapa, aku rasa lelaki lagi sedap bila memasak dari perempuan. tapi tak bermakna perempuan tak reti masak, just kalau dapat lelaki pandai masak best sangat la. masa anniversary masak something special untuk wife/gf dia. romantik~

3) hormat perempuan / wanita

bukannya nak lelaki yang tunduk je cakap perempuan. no no. lelaki yang boleh hormat perempuan ialah lelaki yang boleh mendengar pendapat perempuan. tak pandang rendah kebolehan perempuan, merendahkan suara, tak pukul perempuan. bila lelaki hormat perempuan, perempuan pun akan hormat lelaki. tak gitu?

2)  cool,rileks

lelaki yang cool tu macam mana? bukan yang yo yo je poyo. lelaki cool ialah cool/ sejuk. yang tak cepat melatah. sikit-sikit nak marah. cool, yang bila ada masalah pun boleh calm lagi, tapi bukan buat bodoh ok. lelaki tak cool? lelaki yang ada masalah sikit dah mencarut-carut bagai. ingat perempuan suka kot..

1) solat 5 waktu

bukan lelaki je tau nak perempuan solehah. perempuan pun nak lelaki yang soleh. bf biar beribu, suami biar 1. wanita dijadikan dari tulang bengkok (am i rite?) kaum adam, jadi kaum adam lah bertanggungjawab nak meluruskan kaum hawa. kalau lelaki pun solat 5 waktu pun liat-liat, tak payah kawin la.

No comments:

Post a Comment