Wednesday, December 28, 2011

Speechless..

My hubby made this for me after i gave him the love video..you can see the video i made in the previous entry.. ^_^
tapi video yang abid buat ni x dapat nak upload sebab besar sgt..dia suruh compress or convert the video..mana la budak business macam i ni nak tau buat..huhuhu..

so i just boleh print screen certain part yang i love the most..the last part of the video where he..hmm..hehehe..tengok la..

 
















oh dear (air mata mengalir) thanks for the video syg..i LOVE it..First time ade orang buat video kat i and i appreciate sangat ape yang you buat ni..i Love YOU soOO much syg..thanks for everything..

oh and yeah, of cause i want to be your future awesome wife..heheh..nanti dah tua sikit propose i lagi sekali k..hee..

p/s : Lots of hugs and kisses.. xoxoxoxo..

This one for you my love


 so..this is the video i made for my sweet, happy go lucky bf..
i really2 love you dear hubby..keep me forever ok..heheh..

you are the reason i smile whenever i feel down..and i can't feel it when with another person..you are very special to me and i hope our relationship will go on forever until we earned our own grandchildren..amin~~~

lots of hugs and kisses..xoxoxoxo..

Tuesday, December 20, 2011

new boyfie..

TadAaA!!!


hikhikhik..boyfie baru.. ^_^
boyfie lama dah kena curik so terpaksa cari pengganti..sorry old boyfie.. :(
nama boyfie baru ni Acer pengganti kepada Compaq I yang I sayang gila tu.. :( even compaq tapi x pernah rosak..tup2 orang rompak rumah sewa I and laptop I and sorang lagi akak rumah tu kena curik..
oh baby, i miss you.. :(

tapi sebab dah dapat baby baru, dah x sedih2 dah..thanks ayah and dear hubby sebab support I.. :)


I beli kat PC Fair dengan my hubby(abid safwan) and roomate(anne) ^_^ thanks sebab teman i pusing2 cari laptop Vaio last2 beli Acer gak.. :)

akan ku jaga laptop ni sebaik mungkin sampai habis degree, insyaallah.. :)
ok,nak keluar pergi macdonald bangi buat assignment Ent300 dengan group..bbye.. ^_^

Monday, December 19, 2011

This one for you..

cari lagu ni kat youtube then baru you tau ape i rasa..


Glee cast-Get it right


What have I done
I wish I could run
Away from this ship going under
Just trying to help
Hurt everyone else
Now I feel the weight of the world is
On my shoulders

What can you do when your good isn't good enough
And all that you touch tumbles down
'Cuz my best intentions keep making a mess of things
I just want to fix it somehow
But how many times will it take
Oh how many times will it take for me
To get it right
To get it right

Can I start again
With my faith shaken
'Cuz I can't go back and undo this
I just have to stay
And face my mistakes
But if I get stronger and wiser
I'll get through this
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/g/glee_cast/get_it_right.html ]
What can you do when your good isn't good enough
I just want to fix it somehow
But how many times will it take
But how many times will it take for me
To get it right

So I throw up my fist, throw a punch in the air
And accept the truth that sometimes life isn't fair
Yeah I sent out wish
Yeah I sent up a prayer
Then finally someone will see how much I care

What can you do when your good isn't good enough
And all that you touch tumbles down
Oh my best intentions keep making a mess of things
I just want to fix it somehow
But how many times will it take
Oh how many times will it take
To get it right
To get it right

Saturday, December 17, 2011

am i over protective?

as the entry saying, am i over protective? jumaat 16/12/2011 really not my day.. i gaduh dengan my ex, pergi burukkan orang lain..i know it'a my fault and there are no way to returning back so i just have to face my mistakes..

ok bye..


Thursday, December 15, 2011

A famosa

Seperti tajuk di atas, ye, i pergi A Famosa..hewhewhew..
Kepada yang x tau, A Famosa tu kat Melaka.. Tapi kalau betul2 x tau Melaka tu kat mana,x payah dok Malaysia..I pergi 8/12/2011 haritu..tapi tidur 2 hari je.. :'(

I pergi sana pun sebab ikut ayah meeting.. 1 family ada except my big bro..Dia x ikut pun sebab esoknye dia ada kuliah kat Universiti Malaya..woot2.. Universiti Malaya..Teringin nak belajar kat sana.. T_T

So..ada la sikit gambar yang i ambik masa kat sana..
























 

ni jela..ada lagi..tapi lambat sangat internet ni..huhuh..thanks anne bagi pinjam broadband.. ^_^

Tuesday, November 15, 2011

Sekadar berkongsi..

 Membuka Aib Orang atau Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia boleh disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah. Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu.aEt (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud: aEsYang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah.

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;
2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;
3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;
4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain;
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

a. Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;
b. Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang;
c. Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

p/s : sedang cuba berubah..

Thursday, November 3, 2011

i got what i want but not what i need

First of all, i bersyukur sebab in dean list lagi sem ni..
a lot of thanks to all my lectures, family, abid safwan for the prays everytime before i enter the hall and my friends that gives me support and be together with me all along..i appreciate sangat2..Allah je dapat balas jasa korang..to madam hayati, saya dah janji nak belanja madam makan kalau saya dapat A in operation management so nanti bukak sem sy belanja okiey.. ^_^

Be in dean list is what i want since in semester 1..it is what i WANT..but i realized it is not what i actually need..well, yeah i need it to make my parent proud and to stay in college but when i lost Amirul Loco, i know this is not what i really need..

Sadly, my bff gb(failed) so he has to drop off college..sedih sangat..i kenal dia since semester 2 dalam kelas Bel..He's naughty, selalu bising dalam kelas, selalu datang lewat/tak datang and i was actually don't really like him..But the time pass by since then and i got to know him closely..He's nice, gentle (but rarely show it), and paling i suka about Amirul ni dia selalu tolong kawan..

I remember when i get really tension on 2 in the morning, the day for my Test 1 organizational behavior and then he Ping me on bbm..i told him i was tension and we meet up..yeah, on 2 am..itu yang paling i ingat pasal dia..i terharu sebab dalam dunia ni still ada kawan macam dia.. T_T

pukul 3 pagi tadi masa dia bbm i cakap dia gb, i terus menangis..sebab i realize i akan kehilangan kawan yang dah banyak bantu i selama ni..pape pun kiteorang still kawan..i tak nak hilang kawan yang baik macam dia..i cried my eyes out sampai bangun pagi tadi my mom pun tegur kenapa mata bengkak sangat..

entah la..i sedih sangat..kalau boleh share pointer ni dah lama i nak kasi dekat Amirul Loco so dia akan stay kat college and support me like always.. :'(

Amirul Loco, you take care ok..Just remember that you always had me, had your friends that always gonna support you in good or bad..i will miss you a lot my good friend..so long.. T_T

p/s : dengar lagu phill colins- you'll be in my heart.. :'(

Sunday, October 30, 2011

rindu kau la.. *malu

hey2..
orang rindu dia lah..huhu..tp awak tau kan orang ni tak pandai nak cakap benda2 camni..sumpah malu..tak reti..tapi rindu..so orang hanya boleh menangis dekat abid safwan..hihi..selamat dia pujuk orang semalam..

dia suruh call awak, mesej awak..tapi inbox orang pun awak tak reply.. T_T seolah2 rindu pada orang yg tak sudi.. ='(

nanti orang mesej awak nak bagi tau orang kat sini rindu awak..rindu kawan baik orang yang dulu..tapi..tapi..orang malu..tapi..tapi..orang kena berubah..orang kena belajar macam mana nak luahkan apa orang rasa..orang tak reti..orang tak pernah..so orang akan belajar..

nanti orang dah pro, hari2 orang akan cakap orang sayangkan awak, rindukan awak..ok?
sementara awak tunggu orang luahkan apa orang rasa, orang just harap awak tau yang walaupun orang tak pernah cakap orang rindu awak, sayang awak, tapi orang sangat2 sayangkan awak, rindukan awak..

itu je..so orang harap awak faham ye..orang mintak maaf tak dapat jadi kawan yang terbaik untuk awak..tapi awak adalah kawan orang yang terbaik untuk orang.. :)

orang tak paksa awak suka orang..tapi orang tak boleh hilang awak..

athirah, orang sayang awak..auww.. *malu

p/s : gedik..maaf..hee..tp ni blog i.. ^_^

Tuesday, October 25, 2011

what a waste.. :'(

Siapa Gaddafi sebenarnya?

BILA Gaddafi jatuh dan dibunuh secara tidak wajar, m
aka saya segera menyatakan itu tidak sepatutnya dilakukan dan kelihatannya manusia semakin tidak bertamadun dan gila babi.

Saya cukup sedih dan tidak bisa menerima kematiannya sedemikian, apa lagi sebelum ini Gaddafi dihina begitu rupa, padahal pada suatu ketika dia antara pemimpin arab yang cukup lantang menentang Barat terutamanya Amerika dan yahudi dan kelantangan itulah yang Barat berusaha menjahanamkan kepimpinan Gaddafi.

Sejak saya kecil saya sudah mengenal Gaddafi dan mengikut perkembangan kepimpinannya dan saya memang kagum akan keberaniannya yang sama seperti Saddam Husin di Iraq dan tidak hairan Amerika yang ditunjangi Yahudi mahu membunuh pemimpin yang demikian serasa menjadi halangan besar buat melaksanakan Visi jahat mereka.

Barang kali ada lebih baik juga kita menilai semula apa saja yang Gaddafi lakukan buat negara dan rakyatnya sendiri dan mudah2an ini dapat memberikan gambaran yang jelas siapa Gaddafi sebenarnya.

Memangnya keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas.

Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik....



p/s : just untuk renungan bersama.peace!

Sunday, October 9, 2011

ho yeah !

hey guys/ babe!

so how's life?mine was awesome ( thanks for asking) -.-"
a lot of things happened and i don't even have time to update one..ok, now kita story..

1st of all..wow, i sangat terkejut sebab dah tau siapa kawan siapa lawan..x sangka i ada backstabber..auww..but babe, i dah maafkan korang.. :) tapi maaflah, i will never forget..i anggap semua tu pengalaman and pengajaran untuk diri i so lepas ni i akan lebih beware dengan orang2 macam korang..peace!
siapa dorang tu?well..no need to mention their name in here..sebab dorang memang dah tak ada dalam kamus hidup i..

honestly, i lebih bahagia sekarang without them..bahagia sangat.sumpah tak tipu.. :) so guys, please get your own life since i already have mine.. ^_^

ok,dah pasal dorang..i sekarang dah break dengan aizad..sebab apa biar lah tu hal kiteorang..tapi yang penting we are Friend! i want to be his bestfriend..kalau boleh la..kalau tak boleh kawan biasa pun tak pe.. :)

a lot of things happen to me actually..really2 A LOT..tapi tak semua boleh cerita..maaf.. :)

ok,now i couple with this guy nama Mohamad Abid Safwan..well, i love him..i want to marry him..selama ni i couple just for fun but this time i betul2 serious..he's the best.. :) Abid is everything that i can ever ask..he nice, romantic, gentle, etc..tak boleh cakap banyak2 nanti korang fall in love dengan dia pulak..auww..hahaha..

i tak nak berharap lebih2 so im just gonna go with the flow..tapi harap sangat jodoh i dengan dia..amin.. :)

ok, that's all for now..will update more soon..bubbye..

p/s : xoxoxo.. <3

Saturday, August 27, 2011

perempuan suka complain?

hey guys and girls, selamat berpuasa pada hari ke-28.. :")

ok, i baru je habis blog walking and i ada baca satu post ni pasal perempuan kuat complain or merungut or whatsoeva. and of cos la yang menulis tu lelaki kan tak kan perempuan kutuk perempuan..ouh, jahat tu..

dalam entry mamat ni dia cakap la perempuan ni suka complain in almost everything such as complain lelaki ni pengotor la, apa la..well guys, kebersihan tu separuh daripada iman ok.korang tak ada iman ke?

and as women, mestilah suka kebersihan kan so kita ni lah yang nak kena kemas rumah, basuh baju, and macam2 lagi. i take for example, my mom who i adore so much. she is like superwomen to me. she can cook, clean, take care of her 4 troublesome children, respect & care her husband which is my dad and many more. lelaki boleh buat macam tu?

well, i don't know bout you but  my dad can't do such thing. but he can cook, a really good one instead. bukan la i cakap ayah i tak baik,tak bagus, my dad pun superman jugak. tapi sincerely my mom is the greatest. oh, and my mom seorang wanita berkejaya. :)

ok, lari topik. actually i bengang je sebab mamat tu tulis yang perempuan kuat complain bila kena buat macam2. and paling i sakit hati dia cakap nak carikan pembantu which is 2nd wife or madu to his 1st wife.(actually dia angan2 je sebab belum kawin pon)

you..tak baik tau cakap macam tu. you nak ayah you buat macam tu kat mak you? and you dapat mak tiri? kalau you suka tak apalah. tapi i tak suka. perempuan mana nak dimadukan?

i admit that perempuan memang suka complain. i don't know bout other girl but i fall into that nagging kind of person. i memang kuat complain, berleter, and macam2 lagi lah which i think most of girl do it. i think it just a nature in that women that you can't rarely found in man.

if you tak suka perempuan complain, kawin la dengan lelaki which is HARAM. you, perempuan dan lelaki ni tak sama. masing2 ada habit masing2 yang mana tak semua boleh diubah. what we can do is pray and hope for better.

i memang terasa dengan penulisan you yang tak habis2 backup lelaki and hentam perempuan macam mak you tu bukan perempuan. why can't you just respect people the way they do?

ok la. i pun tak larat nak tulis panjang2. i bukan lah seorang peng-hentam yang expert macam you so sampai sini je. bbye.. :)

p/s : peace and out.


Tuesday, August 9, 2011

motivate diri sendiri

brkata kepada diri sendiri : its ok amal. kau datang nak belajar, bukan nak compete dengan sape2. insyaallah kau boleh. everything gonna be alright. you're big girl and big girl cry.. :)

Saturday, July 16, 2011

Floria yang penuh dengan flora

as usual, every year kat Putrajaya mesti ada Pesta Bunga. sebelum2 ni tak sempat nak pergi. tahun ni je yang dapat pergi. tahun depan tak dapat dah since dah tak study kat KPTM Bangi dah. :(

kerana terlalu teruja Floria ni sangat cantik, i sampai kol my mom kat penang semata nak cerita Floria ni cantik and rugi dia tak ada since my mom ni flower's lover.

tapi masa col tu dapat berita yang agak tak best. my dad masuk hospital sebab gastrik. :( thanks god sekarang dah boleh balik rumah. ok, back to Floria. cantik kan?











:)

KL cantik kan?

hye guys, i dapat cuti seminggu as student UITM. korang ada? hehe..

pagi2 bangun makan nasi lemak then on9 update blog yang dah nak berkarat ni. busy sangat before ni so sekarang baru ada masa nak update benda 3,4 minggu lepas. T_T

haritu kawan i, idham or nama glamour didie masaro @ diva datang KL dari penang. so kiteorang pon hangout la together2 dengan kawan didie ni jat and aaa apa nama ntah yang lagi sorang. malam tu kiteorang g lepak mcd dulu. pagi tu baru lepak KL.

 paham2 sendiri lah sape si gemok baju biru kat belakang tu. -.-'


i takjub la tengok benda boleh tekan2 ni. oh, yang kat tengah tu la didie and yang baju marah tu Zura.. :)

di KLCC. :)

isk. isk. dibuli.. :(


tak rasa bertuah ke duduk kat Malaysia? negara lain ada?

yang tengah tu la i lupa apa nama dia. Chia kot. -.-'

oh and btw, Zura ajar i makan bubur kat food court pavillion dan sangat lah sedap. so lepasni pergi pavillion tak payah dah pergi restoran mahal2 dah.. :)

p/s : indahnye Malaysia.

Tuesday, May 24, 2011

result x seberapa..

alhamdulillah.. bersyukur sangat apa yang i nak selama ni tercapai jugak.. dengan result x seberapa ni i dah boleh banggakan parent i..

-thanks god
-thanks mom for all your prayers
-thanks dad for all the money you gived me for all the books. and thanks mom too. (nikmat ada emak yg bekerja)
-thanks to all lecturer. specially to miss eirmayanti, pn.fairuz, pn.fatimah,en.hamidi/azhan dan ustazah huda walaupun ustazah tak bagi saya a. :(

pelik. arab sem 3 i tulis in english dapat b+ tapi yang sem 4 buat betul2 dapat b. kesimpulannya, x yah jawab.. -.-'

btw,i am still happy with my result. thanks to all people that help me through all the pain before the exam.

berapa result i?hehe. kira sendiri. senang cite i naik 0.87 dari sem lepas. before ni punya result i ada post dah before2 ni. so rajin2 la check..

that's all peeps. love you..

p/s : still rindu ijad..

Thursday, May 19, 2011

datang lagi..

:( sangat2 merindui muhd aizad. dia pergi umrah since 3 hari lepas. lagi 7 hari baru balik..

waaa... :'( bosannya sorang2. nak ijad, nak ijad.. T_T

p/s : love you.. :(

Tuesday, May 17, 2011

hangout lagi.. :)

hangout pada kali ini dekat Sunway Carnival Mall. tempat bosan yang hanya best untuk tengok wayang. -.-'

pagi tu i keluar dengan mak and adik gurl i pegi beli baju kurung untuk i. i beli baju kurung merah. tak sabar nak pakai. oh and yea, sape2 nanak baju sila ambik kat i. banyak sangat baju tak pakai.membazir je kalau buang.

then lepas lunch kat rumah, pukul 1.30 i pickup anisah, amira and hidayah kat to'kun. lepastu pickup naziera pulak dekat juru. off to sunway~~then boo keong (or i prefer Bubu) join dekat Sunway.


kiteorang tengok Priest. cerita action pasal priest (paderi) lawan vampire. sadly, vampire dia tak ada macam Edward Cullen. T_T



tapi yang penting, cerita ni sangat best walaupun kiteorang duduk arrow nombor dua dari depan . lepasni amal dah boleh balik pakai spec.. -.-'

then raihan join lepas dah abes tengok Priest.


then kiteorang pegi Secret Recipe.

 mine, anisah and hidayah punye.. :)

 Raihan punye..


 Naziera and Amira punye..

Bubu punye..

omg, sangat kenyang. sedap sangat la wei..

hihi.. ^_^

lepastu semua pun balik la rumah. thanks guys for making my day perfect that day..

p/s : Hargai kawan anda.. :)