Saturday, December 17, 2011

am i over protective?

as the entry saying, am i over protective? jumaat 16/12/2011 really not my day.. i gaduh dengan my ex, pergi burukkan orang lain..i know it'a my fault and there are no way to returning back so i just have to face my mistakes..

ok bye..


Thursday, December 15, 2011

A famosa

Seperti tajuk di atas, ye, i pergi A Famosa..hewhewhew..
Kepada yang x tau, A Famosa tu kat Melaka.. Tapi kalau betul2 x tau Melaka tu kat mana,x payah dok Malaysia..I pergi 8/12/2011 haritu..tapi tidur 2 hari je.. :'(

I pergi sana pun sebab ikut ayah meeting.. 1 family ada except my big bro..Dia x ikut pun sebab esoknye dia ada kuliah kat Universiti Malaya..woot2.. Universiti Malaya..Teringin nak belajar kat sana.. T_T

So..ada la sikit gambar yang i ambik masa kat sana..
























 

ni jela..ada lagi..tapi lambat sangat internet ni..huhuh..thanks anne bagi pinjam broadband.. ^_^

Tuesday, November 15, 2011

Sekadar berkongsi..

 Membuka Aib Orang atau Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia boleh disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah. Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu.aEt (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud: aEsYang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah.

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;
2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;
3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;
4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain;
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

a. Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;
b. Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang;
c. Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

p/s : sedang cuba berubah..

Thursday, November 3, 2011

i got what i want but not what i need

First of all, i bersyukur sebab in dean list lagi sem ni..
a lot of thanks to all my lectures, family, abid safwan for the prays everytime before i enter the hall and my friends that gives me support and be together with me all along..i appreciate sangat2..Allah je dapat balas jasa korang..to madam hayati, saya dah janji nak belanja madam makan kalau saya dapat A in operation management so nanti bukak sem sy belanja okiey.. ^_^

Be in dean list is what i want since in semester 1..it is what i WANT..but i realized it is not what i actually need..well, yeah i need it to make my parent proud and to stay in college but when i lost Amirul Loco, i know this is not what i really need..

Sadly, my bff gb(failed) so he has to drop off college..sedih sangat..i kenal dia since semester 2 dalam kelas Bel..He's naughty, selalu bising dalam kelas, selalu datang lewat/tak datang and i was actually don't really like him..But the time pass by since then and i got to know him closely..He's nice, gentle (but rarely show it), and paling i suka about Amirul ni dia selalu tolong kawan..

I remember when i get really tension on 2 in the morning, the day for my Test 1 organizational behavior and then he Ping me on bbm..i told him i was tension and we meet up..yeah, on 2 am..itu yang paling i ingat pasal dia..i terharu sebab dalam dunia ni still ada kawan macam dia.. T_T

pukul 3 pagi tadi masa dia bbm i cakap dia gb, i terus menangis..sebab i realize i akan kehilangan kawan yang dah banyak bantu i selama ni..pape pun kiteorang still kawan..i tak nak hilang kawan yang baik macam dia..i cried my eyes out sampai bangun pagi tadi my mom pun tegur kenapa mata bengkak sangat..

entah la..i sedih sangat..kalau boleh share pointer ni dah lama i nak kasi dekat Amirul Loco so dia akan stay kat college and support me like always.. :'(

Amirul Loco, you take care ok..Just remember that you always had me, had your friends that always gonna support you in good or bad..i will miss you a lot my good friend..so long.. T_T

p/s : dengar lagu phill colins- you'll be in my heart.. :'(

Sunday, October 30, 2011

rindu kau la.. *malu

hey2..
orang rindu dia lah..huhu..tp awak tau kan orang ni tak pandai nak cakap benda2 camni..sumpah malu..tak reti..tapi rindu..so orang hanya boleh menangis dekat abid safwan..hihi..selamat dia pujuk orang semalam..

dia suruh call awak, mesej awak..tapi inbox orang pun awak tak reply.. T_T seolah2 rindu pada orang yg tak sudi.. ='(

nanti orang mesej awak nak bagi tau orang kat sini rindu awak..rindu kawan baik orang yang dulu..tapi..tapi..orang malu..tapi..tapi..orang kena berubah..orang kena belajar macam mana nak luahkan apa orang rasa..orang tak reti..orang tak pernah..so orang akan belajar..

nanti orang dah pro, hari2 orang akan cakap orang sayangkan awak, rindukan awak..ok?
sementara awak tunggu orang luahkan apa orang rasa, orang just harap awak tau yang walaupun orang tak pernah cakap orang rindu awak, sayang awak, tapi orang sangat2 sayangkan awak, rindukan awak..

itu je..so orang harap awak faham ye..orang mintak maaf tak dapat jadi kawan yang terbaik untuk awak..tapi awak adalah kawan orang yang terbaik untuk orang.. :)

orang tak paksa awak suka orang..tapi orang tak boleh hilang awak..

athirah, orang sayang awak..auww.. *malu

p/s : gedik..maaf..hee..tp ni blog i.. ^_^

Tuesday, October 25, 2011

what a waste.. :'(

Siapa Gaddafi sebenarnya?

BILA Gaddafi jatuh dan dibunuh secara tidak wajar, m
aka saya segera menyatakan itu tidak sepatutnya dilakukan dan kelihatannya manusia semakin tidak bertamadun dan gila babi.

Saya cukup sedih dan tidak bisa menerima kematiannya sedemikian, apa lagi sebelum ini Gaddafi dihina begitu rupa, padahal pada suatu ketika dia antara pemimpin arab yang cukup lantang menentang Barat terutamanya Amerika dan yahudi dan kelantangan itulah yang Barat berusaha menjahanamkan kepimpinan Gaddafi.

Sejak saya kecil saya sudah mengenal Gaddafi dan mengikut perkembangan kepimpinannya dan saya memang kagum akan keberaniannya yang sama seperti Saddam Husin di Iraq dan tidak hairan Amerika yang ditunjangi Yahudi mahu membunuh pemimpin yang demikian serasa menjadi halangan besar buat melaksanakan Visi jahat mereka.

Barang kali ada lebih baik juga kita menilai semula apa saja yang Gaddafi lakukan buat negara dan rakyatnya sendiri dan mudah2an ini dapat memberikan gambaran yang jelas siapa Gaddafi sebenarnya.

Memangnya keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas.

Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik....



p/s : just untuk renungan bersama.peace!

Sunday, October 9, 2011

ho yeah !

hey guys/ babe!

so how's life?mine was awesome ( thanks for asking) -.-"
a lot of things happened and i don't even have time to update one..ok, now kita story..

1st of all..wow, i sangat terkejut sebab dah tau siapa kawan siapa lawan..x sangka i ada backstabber..auww..but babe, i dah maafkan korang.. :) tapi maaflah, i will never forget..i anggap semua tu pengalaman and pengajaran untuk diri i so lepas ni i akan lebih beware dengan orang2 macam korang..peace!
siapa dorang tu?well..no need to mention their name in here..sebab dorang memang dah tak ada dalam kamus hidup i..

honestly, i lebih bahagia sekarang without them..bahagia sangat.sumpah tak tipu.. :) so guys, please get your own life since i already have mine.. ^_^

ok,dah pasal dorang..i sekarang dah break dengan aizad..sebab apa biar lah tu hal kiteorang..tapi yang penting we are Friend! i want to be his bestfriend..kalau boleh la..kalau tak boleh kawan biasa pun tak pe.. :)

a lot of things happen to me actually..really2 A LOT..tapi tak semua boleh cerita..maaf.. :)

ok,now i couple with this guy nama Mohamad Abid Safwan..well, i love him..i want to marry him..selama ni i couple just for fun but this time i betul2 serious..he's the best.. :) Abid is everything that i can ever ask..he nice, romantic, gentle, etc..tak boleh cakap banyak2 nanti korang fall in love dengan dia pulak..auww..hahaha..

i tak nak berharap lebih2 so im just gonna go with the flow..tapi harap sangat jodoh i dengan dia..amin.. :)

ok, that's all for now..will update more soon..bubbye..

p/s : xoxoxo.. <3